Calon Exco Wanita FAM Perlu Ada Jiwa Bola Sepak - Norhuda

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon yang bakal menduduki dua kerusi exco wanita dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mempunyai 'jiwa' bola sepak selain pengetahuan terhadap sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad berkata dua ciri utama itu penting demi mengangkat martabat sukan bola sepak wanita ke tahap yang lebih baik dari kedudukan sekarang. 

Beliau yang juga exco wanita FAM berkata bola sepak wanita negara mempunyai masa depan yang cerah sekiranya peluang lebih luas diberi kepada mereka.

 "Pada saya, sesiapa sahaja yang menawarkan diri menjadi calon, mestilah mereka yang berkebolehan dan yakin dapat memajukan bola sepak wanita.

"Kita perlu fikir tentang memajukan bola sepak wanita, bukannya kepentingan peribadi," katanya kepada Bernama.

Norhuda, 60, akan mempertahankan kerusinya dan bakal ditentang enam calon lain pada pemilihan jawatankuasa baharu badan induk itu yang diadakan serentak dengan Kongres FAM ke-53, Sabtu ini.

Selain Norhuda, calon lain adalah timbalannya Normala Md Yusof, Shafizah Umamah Abdul Mutalib, Roselina Idrus, Tuan Nah Nik Him, Datuk Suraya Yaacob dan Isfarina Mohd Bali. 

Sementara itu, mengenai perubahan besar yang dijanjikan pimpinan FAM, Norhuda berharap bola sepak wanita tidak dipinggirkan.

"Harapan saya adalah mereka memberi keseimbangan kepada skuad wanita.

Janganlah sekali skuad wanita tewas, terus kita diketepikan sedangkan skuad lelaki juga tidak menunjukkan prestasi yang baik sejak kebelakangan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Norhuda Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan