Herrera Gesa De Gea Kekal Di Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Herrera Gesa De Gea Kekal Di Old Trafford

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 8:30 AM

David de Gea. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera mahu David De Gea melupakan hasrat ke Real Madrid dan kekal di Old Trafford selepas musim panas ini.

De Gea secara berterusan dikaitkan dengan rancangannya untuk pulang ke Sepanyol.

Real Madrid dijangka mengambil penjaga gol Sepanyol itu tetapi Herrera mahu rakannya itu menolak tawaran berkenaan meskipun mengakui 'segala-galanya boleh berubah dalam bola sepak'.

Bercakap kepada Jugones (menerusi El Bernabeu), Herrera berkata: "Saya mahu dia mempertahankan gawang di Manchester United. Saya harap begitulah, tetapi semuanya boleh berubah dalam bola sepak."

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini dilihat mahu kembali ke tanah air pada 2015 dengan tawaran £29 juta (RM160.16 juta).

Bagaimanapun hubungan antara Manchester United dan Real Madrid semakin tegang apabila tawaran itu ditolak, De Gea sekali gus mengecewakan La Liga Sepanyol apabila menandatangani kontrak baharu empat tahun dengan bayaran £200,000 (RM1.1 juta) seminggu di Old Trafford. - Mail Online



Tags / Kata Kunci: David de Gea
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan