Pinda Perlembagaan FAM Untuk Penyokong Pilih Presiden - TMJ

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat meminda Perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), andainya terpilih sebagai presiden, supaya peminat sukan itu diberi kuasa memilih pemimpin badan induk berkenaan.

Tunku Mahkota Johor itu tidak mahu kuasa memilih Presiden FAM hanya terletak di tangan anggota kongres seperti sedia ada, dan berhasrat bekerjasama dengan Exco FAM meminda perlembagaan bagi memberi kuasa kepada penyokong bola sepak.

"Bola sepak adalah milik rakyat dan saya percaya rakyat perlu memilih presiden, bukannya kongres sedia ada. Anggota Kongres boleh mengundi untuk jawatan lain manakala apa-apa yang mempunyai peranan penting, harus diserah kepada rakyat.

"Saya akan ubah cara pemilihan presiden dan akan mencadangkan pada masa akan datang, penyokong dan orang ramai diberi kuasa menjadi faktor penentu pemilihan," kata Tunku Ismail dalam laman Facebook The Southern Tigers seperti dipetik oleh Bernama.

Ia adalah antara 11 visi Tunku Ismail yang bakal dicabar Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan Presiden FAM pada pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2017-2021 yang diadakan serentak dengan Kongres FAM ke-53, Sabtu ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga bersedia melakukan perubahan termasuk mengadakan dialog dengan peminat bola sepak tanah air selain diadakan mesyuarat Exco FAM secara bergilir di setiap negeri.

"Perubahan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada Exco menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku di negeri tersebut, memantau kemudahan, program akar umbi, kewangan dan standard yang sepatutnya di persatuan negeri atau kelab," katanya.

Tunku Ismail menegaskan badan induk itu perlu dirombak kerana mendakwa terhadap beberapa kepincangan yang berlaku seperti salah pengurusan dana, kekurangan profesionalisme, isu-isu integriti, kekurangan semangat, rasuah dan pilih kasih.

Antara visi lain yang digariskan adalah memastikan FAM tidak digunakan untuk kepentingan politik, bola sepak tidak jatuh ke tangan orang yang akan menggunakannya atas sebab politik, tidak digunakan sebagai hab kewangan untuk mengagih wang bagi kempen politik. 

Tunku Ismail turut berhasrat meningkatkan nilai komersial Liga Super dan Liga Perdana, memberi fokus kepada pembangunan bola sepak dan pendekatan global dalam meningkatkan pembangunan bola sepak tempatan.

Selain itu, program pembangunan pengadil dan fasiliti bola sepak, mengubah struktur skuad senior kebangsaan selain bersedia memberi tumpuan sama rata kepada skuad kebangsaan dan JDT.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail Sultan Ibrahim , TMJ , FAM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan