Ronaldo 'Mengamuk' Perkara Biasa - Fernandez

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 7:45 AM

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

NACHO Fernandez menegaskan adalah menjadi perkara biasa bagi Real Madrid apabila rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo marah dirinya digantikan dengan pemain lain.

Bintang Portugal itu jelas kelihatan kesal apabila dia dibawa keluar pada babak kedua dalam kemenangan 2-1 Madrid ke atas Athletic Bilbao, Sabtu.

Media Sepanyol mencadangkan bahawa Ronaldo mengamuk dengan kepada ketua jurulatih Zinedine Zidane apabila dia dikeluarkan.

Kemarahan pemain Ronaldo itu dapat dilihat apabila dia berjalan keluar dari padang.

Bagaimanapun, Zidane menafikan bahawa penyerang berusia 32 tahun itu amat kecewa.

Fernandez berkata mana-mana pemain lain juga akan menunjukkan tindak balas yang sama apabila mereka dikeluarkan.

"Marah adalah perkara biasa. Cristiano marah apabila dia digantikan, sama juga seperti yang ditunjukkan Isco atau sesiapa sahaja.

"Ia penting kerana ia menunjukkan satu karektor baik."

Fernandez juga memuji tiga pemain barisan hadapan, Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale selepas mereka menunjukkan persembahan hebat sehingga membantu dalam kemenangan hujung minggu lepas.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Nacho Fernandez , Zidane

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan