Jose Mourinho Sasar Dapatkan Willian, Alderweireld

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 9:04 AM

Toby Alderweireld

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho telah menyenarai pendek pemain tengah Chelsea, Willian dan bek tengah Tottenham, Toby Alderweireld sebagai sasaran untuk dibeli pada akhir musim ini.

Yahoo Sport UK mendakwa pengurus Manchester United itu mahu mendapatkan pemain yang mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris selain mampu melonjakkan diri mereka.

Pada awal musim ini, Mourinho telah membawa Henrikh Mkhitaryan, namun pemain bernilai £26 juta dari  Borussia Dortmund berkenaan terpaksa menunggu sehingga November sebelum dapat menyesuaikan diri.

Alderweireld dilapor masih belum mencapai kata sepakat dengan Tottenham mengenai lanjutan kontrak dan memerlukan sebanyak £25 juta untuk menebus kontraknya.

Bagi Willian pula, Mourinho pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain berkenaan pada Februari lalu.

Pemain Brazil itu setakat ini hanya disenaraikan sebanyak 13 kali oleh Antonio Conte dalam kesebelasan utama Chelsea.

Ketibaan dua pemain berkenaan dijangka akan membawa kepada pelepasan dua bintang United iaitu Wayne Rooney dan Ashley Young.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Willian , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan