Cahill Jadi Kapten England Lawan Jerman

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 7:20 AM

Gary Cahill. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

GARY Cahill tidak memandang ringan perlawanan menentang Jerman.

Walaupun hanya bermain dalam perlawanan persahabatan, pertandingan tersebut dianggap akan menjadi kayu pengukur bagi pasukan bola sepak England.

England akan berdepan Jerman dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Signal Iduna Park, Dortmund, Khamis.

Seterusnya, skuad The Three Lions akan berdepan Lithuania dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

England kini sedang berada dalam keadaan positif menjelang perlawanan menentang Jerman.

Mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan terakhir di bawah bimbingan Gareth Southgate yang ketika itu masih berstatus pengurus interim.

England menang dua kali dan dan seri dua kali.

"Ini jelas menjadi perkara penting. Segalanya bergantung kepada momentum dan membuktikan bahawa semuanya berjalan dengan baik, khususnya apabila melawan pasukan besar," kata Cahill memetik Sky Sports.

"Ini adalah peluang untuk menguji diri kami melawan para pemain dan ini adalah pertandingan yang kami tunggu, bersaing melawan pemain-pemain terbaik Eropah," katanya.

Dengan ketiadaan Wayne Rooney, Cahill akan memimpin rakan-rakannya sebagai kapten.

Pemain bek yang memperkukuhkan pasukan Chelsea itu mengaku diberi satu penghormatan apabila dipilih sebagai kapten.

"Setiap kali bermain untuk pasukan England ia adalah satu penghormatan besar, apatah lagi menjadi kapten untuk negara," kata Cahill.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan