Kapten Derry City McBridge Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Derry City, Ryan McBride meninggal dunia selepas membawa kelab Divisyen Perdana Ireland itu menang 4-0 ke atas Drogheda United pada Sabtu.

Sebelum perlawanan McBridge,27, memberitahu bahawa dia tidak sihat.

Namun selepas beberapa jam perlawanan, McBridge ditemui mati di biliknya pada Ahad.

Punca kematian masih belum didedahkan manakala keluarnya McBridge enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.

Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Ireland berkata: "Kami amat terkejut dengan berita yang diterima @derrycityfc Captain Ryan McBridge.

"Kami tetap bersama keluarganya."

Insiden kematian ini merupakan kali kedua buat kelab Derry City selepas penyerang Mark Farren meninggal dunia tahun lalu setelah bergelut dengan penyakit kanser.

Tags / Kata Kunci: Derby City , Ryan McBride

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan