Siapa Inspirasi Baddrol Bakhtiar?

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prestasi cemerlang kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar pada musim baharu Liga Malaysia 2017 ternyata tidak boleh dinafikan apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Bulan Februari 2017 Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my pada Ahad.

Dengan rekod empat gol dalam enam perlawanan, sudah pasti statistik itu menunjukkan kemampuan luar biasa pemain jersi nombor tujuh tersebut, lebih-lebih lagi dia bermain di posisi tengah atau sayap.

Tetapi di sebalik kecemerlangan tersebut, Baddrol sebenarnya mempunyai inspirasi tersendiri untuk tampil dengan aksi yang lebih mantap pada musim ini.

Bagi Badrrol, isteri dan anaknya merupakan inspirasi paling penting buat dirinya untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam karier bola sepak.

"Sumber inspirasi pada musim ini sudah pastinya daripada keluarga saya sendiri.

"Mereka yang lebih banyak menjadi sumber inspirasi adalah anak perempuan saya, Ilya Dalisya dan isteri saya, Nor Izyankerana mereka banyak menyokong saya dalam bola sepak," katanya.

Namun kecederaan yang dialaminya ketika menentang Pulau Pinang pada 25 Februari lalu, secara tidak langsung membantutkan hasrat pemain berusia 29 tahun itu untuk meneruskan aksi cemerlangnya.

Mengulas tentang perkara itu, Baddrol berkata, dia berasa lega kerana kecederaan yang dialaminya tidak teruk dan hanya kecederaan pangkal paha.

"Saya berharap cepat sembuh dan mahu lebih fokus selepas pulih daripada kecederaan," katanya.

Sebagai rekod, Baddrol akan menyertai skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac ini.

Ketika ditanya tentang peluang untuk menamatkan badi dengan Filipina, Baddrol ternyata optimis bahawa skuad Harimau Malaysia mampu melakar keputusan yang lebih positif pada aksi tersebut.

"Saya mengharapkan kita akan bangkit.

"Saya rasa perlawanan ini memberikan persaingan yang positif jika semua pemain bersatu hati dan memberi tumpuan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Baddrol Bakhtiar , Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan