Misi 'Mesti Menang' Skuad Harimau Malaysia Di Filipina

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaysia berlepas ke Filipina  dalam misi 'mesti menang' bagi memperbaiki ranking bola sepak dunia.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yakin pemain-pemainnya berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan dengan misi yang diharapkan.

"Ia merupakan perlawanan pertama skuad negara tahun ini dan saya berharap mereka dapat bermain dengan baik. 

"Keputusan perlawanan ini amat penting biarpun sekadar aksi persahabatan dan harus menang untuk perbaharui ranking pasukan," jelasnya sebelum berlepas ke Manila awal pagi Isnin.

Skuad kebangsaan mula menjalani latihan pusat sejak 13 Mac lalu selepas hampir empat bulan tanpa sebarang perlawanan antarabangsa.

Seramai 22 pemain terbang ke Stadium Memorial Rizal di Manila bagi perlawanan persahabatan 'A' pada 22 Mac ini.




Harimau Malaysia yang sedang melakukan persiapan perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini, namun terpaksa ditangguhkan ke 8 Jun depan berikutan konflik diplomatik Malaysia dan Korea Utara.

Malaysia kini berada di ranking ke-161 dunia manakala Filipina di kedudukan ke-124.

Tags / Kata Kunci: Datuk Ong Kim Swee , Harimau Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan