Bekas Pemain Bola Sepak Sabah Ketuai Skuad Negeri

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 1:44 PM

Justin Ganai

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Tiga bekas pemain bola sepak Sabah telah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Badak Liga Perdana, Liga Simpanan (Bawah 21) dan Piala Remaja (Bawah 19) dengan serta merta.  

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), berkata Jelius Ating, yang pernah menjadi ketua jurulatih untuk skuad Bawah 21, akan mengetuai skuad senior yang kini bermain di Liga Perdana, sementara Justin Ganai dan Awang Sabtu Jamil masing-masing akan mengetuai Bawah21 dan Bawah 19. 

"Saya harap dengan pelantikan ini, pasukan bola sepak Sabah akan lebih kompetitif dalam liga kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan negeri yang juga Timbalan Presiden Safa Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan seorang lagi Timbalan Presiden Safa Datuk Lawrence Gimbang di sini. 

Musa menyeru semua pemain memberi kerjasama penuh kepada tiga jurulatih itu.

Beliau juga mengumumkan Datuk Juil Nuatim dinaikkan sebagai Pengurus PasukanLiga Perdana dari skuad Bawah 21, dan Azman Mastar, juga bekas pemain bola sepak negeri, sebagai pengurus pasukan skuad Bawah 21, sementara Mohd Yassin Aman dikekalkan sebagai pengurus pasukan Bawah 19.  

Jelius dan Juil menggantikan pegawai Perancis Steve Vilmaire dan Adlane Messelem masing-masing sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan skuad Liga Perdana berikutan prestasi skuad yang kurang memuaskan selepas menyertai tujuh perlawanan Liga Perdana dan dua pelawanan Piala FA musim ini. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan