Cedera Saat Akhir, Antonio Digugur Dari Skuad England

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sayap West Ham, Michail Antonio terpaksa digugurkan daripada skuad England selepas mengalami kecederaan.

Kelab West Ham mengumumkan  laporan tersebut selepas mereka tewas kepada Leicester sebelum ini.

"Machail Antonio digugurkan daripada skuad England menjelang perlawanan bertemu Jerman dan Lithuania minggu hadapan selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika aksi tewas 3-2 kepada Leicester City Sabtu lalu.

"Kecederaan Antonio itu disahkan oleh kedua-dua pegawai perubatan (West Ham dan England) dan dia akan berada di Rush Green sepanjang musim cuti antarabangsa nanti," jelas kenyataan kelab di laman rasminya.

Sehingga kini belum ada pengumuman pengganti Antonio namun pengurus England, Gareth Southgate dijangka sudah mempunyai senarai pemain pilihan seperti Adam Lallana, Jesse Lingard, Alex Oxlade-Chamberlain, Nathan Redmone dan Raheem Sterling.

Pemain berusia 26 tahun itu telah merakam sembilan gol untuk Hammers musim ini.

England bakal berdepan dengan Jerman dalam aksi perlawanan persahabatan pada 22 Mac ini sebelum menentang Jerman (26 Mac) bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.

Tags / Kata Kunci: Michail Antonio , West Ham , England

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan