Wenger Setuju Sambung Kontrak, Penyokong Desak Keluar

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 10:08 AM

PENYOKONG Arsenal mempamerkan banting yang tertera mesej jelas mendesak Arsene Wenger melepaskan jawatan selepas kelab London itu tewas 1-3 kepada West Brom pada 18 Mac 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bos Arsenal, Arsene Wenger dilapor bersetuju untuk melanjutkan kontrak selama satu musim lagi walaupun penyokong The Gunners mendesak pengendali kelahiran Perancis itu meninggalkan kelab tersebut.

Menurut laporan portal Sunday Express, Wenger ditawarkan kontrak selama dua tahun tetapi pengurus berusia 67 tahun itu hanya bersetuju untuk bersama Arsenal semusim sahaja lagi.

Laporan itu timbul selepas Arsenal dimalukan West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, sekali gus memudarkan harapan The Gunners untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Arsenal kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 50 mata, dipisahkan lima mata di belakang Liverpool tetapi kelab London itu masih berbaki satu perlawanan.

Mengulas tentang masa depannya susulan kekalahan 1-3 kepada West Brom, Wenger enggan menyatakan sama ada dia akan menamatkan 'pemerintahannya' di Arsenal selama 21 tahun.

"Saya tahu apa yang perlu dilakukan.

"Anda akan tahu tidak lama lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan