Ejen Toure Dedah Akan Buka Tawaran Buat Man United

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 7:23 AM

Yaya Toure. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

EJEN Yaya Toure mendedahkan dia telah membuka rundingan bersama beberapa kelab mengenai masa depan pemain tengah Manchester City itu.

Dimitri Seluk mendakwa beliau akan membuka tawaran kepada pencabar kelab itu, Manchester United.

Toure merupakan antara kontrak enam pemain Manchester City yang bakal berakhir pada akhir musim ini.

Mereka dikatakan bebas berunding dengan beberapa kelab sejak Januari lalu.

Setakat ini, Toure tidak melakukannya tetapi menurut Seluk, keadaan telah berubah.

Memberitahu kepada Sky Sports News, Seluk berkata: "Sejak semalam kita mula berunding dengan beberapa kelab mengenai masa depan dia.

"Kita tunggu sehingga 15 Mac apa yang Manchester City akan kata tetapi sehingga sekarang Manchester City tidak memaklumkan apa-apa.

"Sebelum ini, kita tidak berunding dengan sesiapa kerana Yaya banyak menyumbang untuk Manchester City, jadi kita tunggu.

"Tetapi kita tidak boleh tunggu sehingga saat akhir, sehingga Jun, tanpa sebarang rundingan," kata Seluk. - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan