MP Britain Sedia Bahas RUU Tiket Bola Murah

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 8:26 AM

Justin Madders. Foto Twitter

(Ubah saiz teks)

SEORANG Ahli Parlimen Britain dari parti Buruh bakal membentangkan satu rang undang-undang (RUU) untuk membolehkan penyokong bola sepak muda memperoleh tiket menonton perlawanan murah, pada minggu depan.

Wakil rakyat itu, Justin Madders mahu satu undang-undang baharu yang menetapkan semua kelab bola sepak di negara itu menawarkan tiket perlawanan pada harga diskaun kepada para penyokong berusia 22 tahun dan ke bawah.

RUU 'Penyokong Bola Sepak' tersebut dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat depan.

Beliau turut menggesa ahli-ahli Parlimen menyokong cadangan berkenaan.

Bercakap kepada Mirror, Madders berkata: "Jika kita letakkan harga tiket yang tinggi kepada mereka sekarang, kita bakal berdepan dengan risiko 'stadium kosong' pada masa akan datang.

"Jika RUU ini diluluskan, ia akan menetapkan semua kelab bola sepak menawarkan tiket perlawanan pada harga diskaun untuk penyokong muda di bawah usia 22 tahun," katanya. - Mirror.co.uk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan