Arsenal Tewas Mengejut, Harapan Liga Juara-Juara Semakin Pudar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 10:32 PM

SEORANG penyokong memegang banting anti-Wenger ketika perlawanan antara Arsenal dan West Brom di Stadium The Hawthorns pada 18 Mac 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

LONDON: Harapan Arsenal untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara pada musim depan semakin kelam apabila tewas mengejut 1-3 kepada kelab kerdil, West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Kekalahan itu juga memberi ruang kepada pencabar terdekatnya, Manchester United untuk melonjak ke tangga kelima liga, sekali gus mengakhir badi nombor enam yang dihuni sejak November tahun lalu sekiranya menewaskan pasukan kedua tercorot liga, Middlesbrough pada Ahad.

Dalam aksi di The Hawthorns, anak buah Arsene Wenger terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pemain pertahanan West Brom, Craig Dawson pada minit ke-12.

Namun The Gunners menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian menerusi perancang utamanya, Alexis Sanchez yang kini hangat dikatakan akan meninggalkan kelab tersebut pada hujung musim ini.

Bagaimanapun, Arsenal sekali lagi ketinggalan 1-2 apabila pemain gantian, Hal Robson-Kanu menggegarkan jaring lawan menerusi gol pada minit ke-56.

Usaha Arsenal untuk memburu gol penyamaan ternyata sukar apabila West Brom lebih banyak bertahan dan mengharapkan serangan balas.

Derita Arsenal bertambah apabila Dawson sekali lagi menjadi during dalam daging menerusi jaringan pada minit ke-75, sekali gus meleburkan harapan kelab London itu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , West Brom , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan