Saya Tidak Terfikir Tarik Diri Pencalonan Presiden FAM - Annuar Musa

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Tan Sri Annuar Musa berkata beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menarik diri daripada pencalonan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menyatakan bahawa "ilham tarik diri belum datang", Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata sebaliknya banyak pihak mahu beliau meneruskan niat untuk bertanding jawatan itu. 

Pada masa sama katanya beliau tidak mahu menjadikan pertandingan itu sebagai segala-galanya.

"Saya lebih memikirkan soal kepentingan rakyat dan kemenangan kerajaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya selepas menghadiri perasmian serentak Mesyuarat Cawangan Umno seluruh Kedah, di sini, Sabtu.

Annuar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berhasrat menarik diri daripada pertandingan pada 25 Mac ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara beliau dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau juga tidak mahu berpolitik dan berkempen semata-mata untuk meraih undi sehingga mengeruhkan suasana kerana yakin kesemua anggota gabungan FAM tahu siapa yang layak menyandang jawatan itu.

"Apa yang penting bola sepak negara perlu diperbaiki, kalau saya menang pun tak apa, kalah pun tak apa, saya tetap boleh bantu," katanya. 

Mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaan beliau untuk menerajui FAM, Annuar berkata beliau menerima dengan hati terbuka apa jua kritikan yang dilemparkan terhadapnya. 

"Saya wajar dipertikaikan... kalau saya jadi calon yang tiada orang pertikai maknanya saya sempurna. Orang berani mempertikaikan saya, saya pun terasa ingin mempertikaikan tapi kita jaga tertib dan jaga bahasa," katanya. --Bernama

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan