Southgate Gugur Rooney, Lilitan Kapten Bertukar Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney terpaksa melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan England selepas tidak tersenarai dalam skuad Gareth Southgate.

England bakal berdepan dengan Jerman dalam aksi perlawanan persahabatan pada 22 Mac ini sebelum menentang Jerman (26 Mac) bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.

Menurut Southgate dia tidak memanggil Rooney menyertai latihan skuad kebangsaan kerana berkaitan dengan prestasi kecergasan.

"Ada yang bertanya siapa yang akan menggantikan Rooney.

"Ramai pemain yang berada di benak fikiran dan saya membuat keputusan untuk memilih kapten dalam setiap perlawanan berdasarkan siapa yang bermain.

"Siapa kapten sebenar adalah pemain yang akan beraksi pada perlawanan seterusnya.

"Saya sentiasa jangkakan anda akan memilih pasukan dan kapten perlawanan. Dan sepatutnya ia perlu difikirkan seperti itu.




"Siapa yang memakai lilitan kapten dalam perlawanan adalah penting, namun ketika aksi Euro 1996, ia menggambarkan situasi berlainan dan menarik apabila Stuart Pearce, Alan Shearer, Teddy Sheringham dan Paul Ince berjaya membawa tugas Tony Adams.

"Malah ketika permainan itu bermula, David Platt merupakan kapten. Dan Tony mengambil alih ketika permainan sedang berlangsung," jelasnya.

"Southgate mengakui bahawa Rooney tidak gembira dengan keputusannya itu biarpun dia dijangka akan menyertai kelabnya Manchester United pada perlawanan liga perdana bertemu Middlesbrough pada Ahad.

Selain Rooney, Southgate turut menggugurkan nama pemain Arsenal Theo Walcott.

Walcott yang baharu sahaja menyambut hari lahir ke-28 pada Khamis ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan itu selepas meledak 17 gol musim ini.


Senarai penuh pemain England menjelang perlawanan bertemu Jerman dan Lithuania:

Penjaga gol: Fraser Forster, Joe Hart, Tom Heaton

Pertahanan:  Ryan Bertrand, Gary Cahill, Nathaniel Clyne, Phil Jones, Michael Keane, Luke Shaw, Chris Smalling, John Stones, Kyle Walke

Pemain tengah: Dele Alli, Michail Antonio, Ross Barkley, Eric Dier, Adam Lallana, Jesse Lingard, Jake Livermore, Alex Oxlade-Chamberlain, Nathan Redmond, Raheem Sterling, James Ward-Prowse

Penyerang: Jermain Defoe, Marcus Rashford, Jamie Vardy 
Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , England

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan