Mourinho Kecewa Tindakan United, Kritik LVG

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho kecewa dengan keputusan Manchester United dan mengkritik tindakan Louis Van Gaal menjual Angel Di Maria, Javier Hernandez dan Danny Welbeck.

Ketika ditemubual oleg radio BBC, jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, United telah tersalah menjual pemain sepanjang musim lalu.

Berikutan itu juga, kelab berkenaan menghadapi krisis pemain untuk mengharungi jadual padat sehingga terpaksa melepaskan saingan Piala FA.

"Saya kecewa. Manchester United telah menjual pemain yang saya tidak akan menjual mereka. Beli pula pemain yang saya tidak akan beli.

"Saya tidak akan jual pemain seperti Angel Di Maria, Danny Welbeck dan Javier Hernandez, tidak sesekali.

"Mereka mempunyai potensi dan mampu mencipta sesuatu," katanya.

Pada masa sama, Mourinho turut mengakui bahawa saingan Liga Juara-Jura Eropah tidak menjadi sasaran mereka termasuk untuk membawa pemain ke Old Trafford.

Sebaliknya bekas pengendali Real Madrid dan Chelsea itu mempunyai cara tersendiri untuk membawa pemain terbaik ke kelab berkenaan.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan