Southgate Panggil Rashford Perkuat England

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

GARETH Southgate  akan menamakan Marcus Rashford dalam skuad utama England kendaliannya.

Keputusan itu hadir selepas krisis kecederaan yang melanda beberapa penyerang England iaitu Harry Kane, Daniel Sturridge dan Wayne Rooney.

Namun keputusan Southgate itu mungkin mencetuskan rasa kurang senang Pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Rashford akan dimasukkan dalam skuad utama untuk kejohanan Eropah Bawah 21 tahun pada musim panas ini.

Southgate pada awalnya tidak memasukkan nama Rashford dalam senarai skuad senior.

Oleh kerana tiada pilihan lain, pengurus berusia 46 tahun itu terpaksa menyenaraikan Rashford ketika England bertemu juara dunia, Jerman pada aksi persahabatan, Rabu sebelum Lithuania tiba di Wembley pada Ahad untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Rooney hampir pasti digugurkan dalam skuad kerana masih bergelut dengan kecederaan lutut.

"Rooney cedera. Dia mengalami sedikit kecederaan di kawasan lutut, jadi dia tidak boleh beraksi. Dia akan terus menjalani rawatan pemulihan," kata Southgate.





Tags / Kata Kunci: England , Marcus Rashford

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan