Keputusan AFC Tepat, Adil - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 9:08 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali untuk aksi menentang Malaysia sebagai lokasi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 adalah tepat dan adil.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia juga akan bermain di gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik nanti.

"Itu memang keputusan tepat dan adil. Apa yang diharap keputusan yang dibuat AFC tidak akan mengganggu tarikh perlawanan lain," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani penajaan antara Westports Malaysia Sdn Bhd dan PRG Holdings Berhad dengan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) pada Khamis.

Pada Rabu, AFC mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B itu akan dilangsungkan pada 8 Jun berbanding jadual asal pada 28 Mac ini.

AFC juga meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali pilihan mereka dalam tempoh sebulan sehingga 14 April ini. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk menukar gelanggang perlawanan di Korea Utara pada 28 Mac ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur sebelum AFC bertindak menunda tarikh pertemuan itu. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan