Leicester City Lakar Sejarah Mara Ke Suku Akhir - Bola Sepak | mStar

Leicester City Lakar Sejarah Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 7:20 AM

(Ubah saiz teks)

LEICESTER City sekali lagi mengukir sejarah pasukan apabila menundukkan Sevilla 2-0 untuk melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium King Power, awal pagi Rabu.

Gol jaringan Wes Morgan dan Marc Albrighton menyaksikan anak buah Craig Shakespeare itu mengatasi defisit gol pada aksi 16 terakhir pertama dengan agregat kemenangan 3-2.

Rentak permainan Sevilla terjejas selepas Samir Nasri yang dipinjamkan dari Manchester City dilayangkan kad merah.

Malah lebih buruk lagi, Pengurus Sevilla, Jorge Sampaoli turut diarahkan duduk di bangku penonton dalam aksi penuh mendebarkan itu.

Leicester kini menyertai Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich pada undian untuk pusingan seterusnya, Jumaat ini.

Kejayaan itu merupakan pencapaian cemerlang Shakespeare yang dilantik sebagai pengurus Leicester sehingga penghujung musim ini.

Shakespeare turut membantu Leicester keluar daripada zon penyingkiran dengan dua kemenangan ketika bertemu Liverpool dan Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris.


Tags / Kata Kunci: Leicester City , Liga Juara-Juara
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan