Piala AFC: Felda United Gagal Lakar Kemenangan Sulung

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super 2016, Felda United masih mencari kemenangan sulung di Piala AFC setelah seri 0-0 dengan wakil Filipina, Ceres Negros FC di Stadium Pana-ad Park di Bacolod City, Filipina.  

Keputusan tersebut menyaksikan skuad 'The Fighters' masih kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan G dengan dua mata selepas tiga perlawanan.

Sebagai rekod, Felda United kalah 1-2 kepada wakil Singapura, Tampines Rovers di tempat lawan, 21 Feb lepas sebelum seri 1-1 menentang kelab Vietnam, Hanoi FC di Stadium Shah Alam pada 7 Mac lalu.

Pada aksi di Filipina yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan bagi mencari jaringan awal namun dihampakan ketangkasan penjaga gol.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan meneruskan asakan namun nasib lebih menyebelahi Felda United yang dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-58 setelah Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan pemain tuan rumah.

Sepakan lemah yang diambil pemain import dari Argentina, Lucas Cano bagaimanapun berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah, Roland Muller dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Hanoi FC menang selesa 4-0 ke atas Tampines Rovers di Stadium My Dinh, Vietnam. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan