FAM Terima Baik Pindaan Tarikh Perlawanan Menentang Korea Utara

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 9:05 PM

Hamidin Mohd Amin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima baik keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan tarikh baharu perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun depan serta menerima permohonan untuk beraksi di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pindaan tarikh itu juga memberi lebih masa kepada skuad Harimau Malaysia bimbingan Datuk Ong Kim Swee membuat persediaan menjelang pertembungan dengan Korea Utara itu.

"Pada dasarnya, FAM menerima baik tarikh berkenaan dan kita memang tidak boleh hendak meminta lebih. 

"Untuk persediaan skuad negara pula, kita ada masa untuk buat persiapan sebab masa lebih panjang untuk mempersiapkan pemain. Yang penting kita tidak bermain di Pyongyang," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

AFC pada Rabu mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia, yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 28 Mac ini.

Aksi pembukaan Kumpulan B itu yang sepatutnya diadakan di Pyongyang, ditangguh atas permohonan FAM untuk mengadakan perlawanan itu di gelanggang berkecuali atas faktor keselamatan.

Ini berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Korea Utara juga diberi masa sebulan sehingga 14 April untuk mengemukakan cadangan gelanggang berkecuali kepada AFC, dan jika gagal berbuat demikian AFC akan memutuskan venue berkecuali untuk perlawanan berkenaan.

Seandainya venue berkecuali dipilih untuk perlawanan pertama, atas semangat kesukanan perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan itu juga akan diadakan di venue berkecuali.

Sementara itu, Hamidin berkata, FAM juga sedang meninjau beberapa gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Korea Utara pada 14 November depan.

"Kita ada dua atau tiga gelanggang yang dalam pertimbangan, antaranya Singapura atau Thailand sebagai venue timbal balik. Kita akan maklumkan nanti apabila tiba masa," katanya. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan