Malaysia Lwn Korea Utara, AFC Umum Tarikh Baharu

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 11:58 AM

Windsor Paul John memberi taklimat kepada media mengenai perlawanan Malaysia dan Korea Utara pada Rabu. Foto: AFP

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan 8 Jun sebagai tarikh baharu bagi perlawanan pertama kelayakan Piala AFC bagi Kumpulan B dan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Korea Utara.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John mengesahkan tarikh baharu itu pada sesi taklimat bersama media, Rabu.

Menurut Windsor, Korea Utara diberi tempoh sebulan (sehingga 14 April) untuk mengesahkan venue berkecuali (neutral venue).

"Pada 13 Mac, AFC telah menghantar surat kepada Korea Utara bagi memaklumkan mengenai tarikh baharu perlawanan dengan Malaysia.

"Sekiranya dalam tempoh sebulan ini, situasi diplomatik masih lagi sama di antara kedua-dua negara ini, maka tuan rumah (Korea Utara) perlu mencari venue berkecuali.

"Dan jika perlawanan pertama ini beraksi di gelanggang berkecuali, Malaysia juga perlu mencari venue lain pada perlawanan kedua (13 Jun) bertemu Korea Utara. 

"Pada 14 April nanti AFC perlu menerima semua maklumat lengkap mengenai venue berkecuali termasuk dari segi keselamatan pemain, penyokong, visa,  perjanjian kewangan dan sebagainya. Perlawanan pertama perlu dimainkan sebelum aksi kedua. Jadi 8 Jun adalah tarikh perlawanan ini diadakan.

"Buat masa ini belum tahu ini, tetapi kita tahu Korea Utara akan menggunakan negara yang mempunyai kedutaan seperti China, Thailand, Laos dan Kemboja kerana mereka senang berbincang dengan kerajaan mengenai stadium dan sebagainya," jelas Windsor.

Perlawanan kelayakan yang dijadualkan pada 28 Mac ini  terpaksa ditangguhkan selepas isu diplomatik di antara Malaysia dan Korea Utara.

Pada 21 Februari lalu, AFC menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai situasi diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara sebelum kerajaan memutuskan tidak akan menghantar pasukan ke Pyongyang pada 6 Mac.

Pada 7 Mac, Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada keluar negara itu, manakala 8 Mac kerajaan Malaysia mengeluarkan arahan yang sama dibuat di sini.

Pada 10 Mac, AFC mengesahkan perlawanan pada 28 Mac ini ditunda.

Seterusnya pada 13 Mac, AFC telah memaklumkan kepada Korea Utara mengenai tarikh baharu perlawanan dan 14 April adalah tempoh akhir bagi tuan rumah mengumumkan venue baharu jika situasi tegang berterusan.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Korea Utara

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan