Subkhiddin Dedah Sebab Setuju Rebut Jawatan FAM

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pengadil Piala Dunia 2010, Subkhiddin Mohd Salleh bersetuju untuk dicalonkan pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal berlangsung 25 Mac ini.

Menurut Subkhiddin,51, beliau memutuskan untuk bertanding merebut jawatan exco kerana merasakan sudah tiba masanya untuk 'memberi' balik apa yang diperolehi sebelum ini.

"FAM telah banyak membantu menaikkan personaliti dan kualiti walaupun tidak secara langsung sepanjang saya bergelar seorang pengadil.

"Jadi bagi saya sudah tiba masanya untuk memulangkan kembali kebolehan, khususnya dalam bidang pengadilan. Kalau diberi peluang saya mahu membantu meningkatkan bidang pengadilan secara langsung," jelasnya kepada mStar Online.

Pengadil kelahiran Pulau Pinang ini berpendapat FAM sendiri sebenarnya sudah lengkap dengan filosofi dan konsep pengadilan yang sedia ada.

"Cuma apa yang saya ingin jelaskan bahawa bagaimana kita boleh meningkatkan lagi dari segi perlaksanaannya.

"Ramai yang bercakap mengenai tambahan teknologi dan sebagainya. Bagi saya, teknologi itu sendiri memang penting, cuma jangan sampai teknologi itu merosakkan bola sepak kita.

"Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah kita perlu lengkapkan satu sumber manusia untuk tingkatkan kebolehan melalui latihan kerana ianya amat penting bagi meningkatkan kualiti seseorang pengadil.




"Perbanyakkan latihan untuk pengadil, perjumpaan serta perbincangan di FAM kerana pada masa ini rata-rata pengadil berada di negeri masing-masing sahaja," jelasnya.

Tambah Subkiddin, latihan berterusan amat penting seperti mana yang dilakukan oleh sebuah pasukan bola sepak untuk membentuk pengadil lebih matang.

"Pasukan bola sepak menjalani latihan setiap hari dan hasilnya dilakukan ketika perlawanan. Begitu jugalah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pengadil.

"Saya memahami situasi pengadil yang rata-ratanya merupakan pengadil separuh masa sahaja dan ada kerjaya lain yang perlu diberi tumpuan.

"Namun apa yang boleh kita lakukan adalah menerapkan konsep profesional di mana setiap pengadil perlu tingkatkan kualiti masing-masing.

"Latihan tidak boleh dibuat ketika perlawanan kerana mereka perlu 'perform'.

"Saya tidak dapat mencadangkan untuk mengambil semua pengadil secara sepenuh masa di setiap negeri, tetapi konsep profesional mampu ditetapkan kepada semua," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Subkhiddin tidak bersetuju terhadap segelintir komen yang menganggap pengadil Malaysia agak teruk berbanding negara-negara lain.

"Bagi saya pengadil negara tidaklah teruk seperti yang diwar-warkan di media sosial dan sebagainya. Cuma kita perlu pertingkatkan beberapa aspek yang saya jelasnya sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu,  Subkhiddin merupakan tenaga pengajar rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan telah bertanggungjawab membantu mempertingkatkan kualiti, prestasi dan kefahaman kumpulan pengadil di setiap negara supaya sentiasa konsisten dalam melaksanakan peranan masing-masing di padang.

Sebagai rekod, Subkhiddin yang pernah dilantik sebagai pengadil Piala Dunia Fifa bawah 20 Tahun pada 2007 di Kanada sebelum ke Afrika Selatan sebagai pengadil keempat pada aksi Piala Dunia 2010.

Tags / Kata Kunci: Subkhiddin Mohd Salleh , pengadil

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan