Kim Swee Sedia Praktik Ilmu Di QPR Bersama Harimau Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 8:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sedia mempraktikkan segala ilmu yang ditimba di London ke atas skuad bimbingannya.

Menurut Kim Swee yang kembali dari menjalani program kejurulatihan bersama kelab Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) minggu lalu, banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang sebulan berada di sana.

"Banyak perkara yang baik dapat dikongsikan bersama skuad kebangsaan.

"Saya percaya ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam pasukan. Apa yang penting adalah keyakinan dan sikap pemain itu sendiri," jelasnya kepada media pada sesi latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Selasa.

Skuad kebangsaan kini menjalani kem latihan menjelang perlawanan persahabatan 'A' menentang Filipina di Manila pada 22 Mac ini.


"Biarpun sekadar perlawanan persahabatan, bagi saya ianya sangat penting bagi kedudukan ranking pasukan negara.

"Selepas empat bulan tanpa sebarang perlawanan, ranking kita masih berada di kedudukan yang sama (161). Jadi inilah masa kita cuba mendapatkan keputusan yang baik.

"Mengenai senarai pemain kali ini, saya membuat keputusan untuk tidak mencari pengganti Nazirul Naim (cedera). 

"Kita sudah ada pemain yang boleh menggantikan tempatnya di bahagian kiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui penangguhan menentang Korea Utara adalah sesuatu yang baik bagi semua pihak.

"Keputusan itu berkaitan dengan keselamatan pegawai dan semua pemain. Jadi saya percaya bola sepak tidak ada kaitan dengan isu tersebut".

Skuad Harimau Malaysia dalam persiapan menjelang aksi sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Bagaimanapun aksi tersebut ditunda berikutan konflik diplomatik  Malaysia dan Korea Utara.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , QPR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan