Mourinho Sepak Bola Ke Arah Conte

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE MOURINHO dikesan menyepak bola dalam keadaan marah ke arah Antonio Conte ketika Machester United tewas 0-1 kepada Chelsea dalam saingan suku akhir Piala FA awal pagi ini.

Berikutan tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua jurulatih berkenaan.

Bekas jurulatih Chelsea itu bertindak demikian ketika Ander Herrera dilayangkan kad merah pada minit ke-35 kerana menjatuhkan Eden Hazard.

Mourinho bertindak demikian selepas berang melihat tindakan Conte yang mahukan Herrera dilayangkan kad merah.

Ketegangan tersebut adalah kali pertama berlaku walaupun Mourinho pernah mengkritik Conte dengan mendakwa Chelsea bermain secara bertahan pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Chelsea , FA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan