Wilshere Masih Samar Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pinjaman Bournemouth Jack Wilshere mengakui dia belum pasti mengenai nasibnya musim depan sama ada akan terus berada di kelab ini, Arsenal mahupun di tempat lain.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu dipinjamkan ke Bournemouth dan masih mempunyai kontrak bersama Arsenal selama setahun.

Arsenal juga mempunyai hak untuk menjualnya, dan dalam masa sama Wilshere memberitahu dia akan memikirkan perkara tersebut sebaik sahaja tamat aksi musim ini.

Pun begitu, Wilshere dijangka akan berada dalam skuad England di bawah pengurusan Gareth Southgate bulan ini.

"Saya masih mempunyai kontrak selama setahun dengan Arsenal. Sebaik sahaja ianya tamat, saya akan mula memikirkan perkara ini.

"Apa yang penting sekarang ialah, memastikan Bournemouth kekal berada dalam aksi liga ini," katanya.

England bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan bertemu Jerman dan selepas itu menentang Lithuania pada pusingan kelayakan Piala Dunia bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Bournemouth , Arsenal , Jack Wilshere

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan