Arsenal Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Inggeris selepas membenam kelab divisyen kelima, Lincoln City 5-0 di Stadium Emirates, awal pagi Ahad.

Anak buah Arsene Wenger berdepan kesukaran pada babak pertama apabila hanya mampu memecah kebuntuan pada waktu kecederaan hasil jaringan Theo Walcott.

Namun pasukan tuan rumah mulai menemui rentak sebenar mereka ketika perlawanan bersambung di babak kedua.

Empat lagi gol The Gunners diperolehi menerusi jaringan Olivier Giroud (minit ke-53), Alexis Sanchez (m-72), Aaron Ramsey (m-75) dan satu jaringan sendiri pemain Lincoln, Luke Waterfall (m-58).

Kemenangan itu sedikit sebanyak mengembalikan keceriaan penyokong tuan rumah yang masih berduka selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Sebelum itu, perlawanan tersebut dicemari dengan demonstrasi seramai 200 penyokong Arsenal yang mendesak Wenger supaya tidak memperbaharui kontraknya.

"Selalu ada perasaan bimbang kerana pemain lawan sukar diramal. Mereka menyingkirkan Burnley, Ipswich dan Brighton, jadi kita menghormati mereka.

"Namun kami menguasai perlawanan pada babak kedua. Pun begitu anda perlu mengucapkan tahniah kepada Lincoln di atas pencapaian mereka pada Piala FA," kata Wenger.







Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan