Piala FA: PKNP FC Atasi Kuantan FA Untuk Layak Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 7:00 AM

Pemain PKNP FC meraikan kemenangan pasukan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Wakil Piala FAM, PKNP FC mara ke suku akhir Piala FA selepas melakar kejutan ke atas pasukan Liga Perdana, Kuantan FA 5-4 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Perak di sini, malam Jumaat.

Pada aksi berkenaan, pasukan tuan rumah yang dibimbing bekas pemain Perak, Abu Bakar Fadzim mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain pasukan pelawat, Isskandar Zulkarnaen pada minit kelima.

Muhammad Fadhli Idris menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-24, sebelum Muhammad Shahrel Fikri menambah derita pasukan pelawat, selang tujuh minit kemudian.

Pemain import dari Belanda, Vincent Lucas Weijl meledak gol keempat PKNP FC pada minit ke-36 sebelum Kuantan FA merapatkan defisit jaringan, selang lima minit kemudian menerusi pemain import dari Serbia, Ljubo Baranin.

Keputusan 4-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik perlawanan disambung, pasukan pelawat yang dikenali dengan gelaran 'The Seagulls' terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Isskandar mengutip kad kuning kedua pada minit ke-59.

Nasib yang sama turut menimpa PKNP FC selepas pemain importnya, Ritus Krjauklis dari Latvia dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain pasukan pelawat pada minit ke-68.

Tuah, bagaimanapun lebih memihak kepada Kuantan FA yang menambah dua gol, masing-masing menerusi jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-78 serta sepakan penalti Baranin pada minit ke-82.

Permainan kembali seimbang selepas pemain gantian Kuantan FA, Stefan Vukmirovic menyamakan kedudukan menjadi 4-4 menerusi jaringan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Ketika perlawanan seolah-olah dilihat berakhir dengan keputusan seri, Muhammad Shahrel muncul wira PKNP FC apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan.

Pada Ahad, tujuh lagi perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung bagi menentukan pasukan yang layak ke suku akhir.

Undian suku akhir Piala FA dijadual berlangsung dalam Program 'Nasi Lemak Kopi O' di TV9, Ahad ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala FA , PKNP FC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan