Piala FA: Melaka United Mahu Bangkit Jumpa Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 3:58 PM

Eric Williams.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Enggan dihantui kekalahan ketika menentang Kedah sebelum ini, pengendali Melaka United, Eric Williams menggesa semua pemainnya memberi sepenuh tumpuan pada pertemuan menentang Pahang dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.

Williams berkata beliau mahu anak didiknya memandang ke hadapan dengan memberikan aksi terbaik bagi mencipta kemenangan.

"Semua pemain perlu kekal fokus dan saya yakin kita boleh dapatkan satu keputusan positif, seterusnya menebus kekalahan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super bulan lepas.

"Justeru semua pemain perlu tahu tugas masing-masing dan mendengar arahan (jurulatih) bagi mencari keputusan cemerlang," katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Hang Tuah di sini malam Khamis.

Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengetuai kemaraan 14 pasukan ke pusingan ketiga Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan kedua pada 14 Februari lepas.

Sementara itu Williams berkata pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan yang tinggi ekoran jadual perlawanan yang padat.

"Jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan apabila ada pemain yang mengalami kecederaan. Kapten yang juga penyerang utama, Ilija Spasojevic dan pertahanan import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young belum pasti sama ada dapat diturunkan," katanya.

Beliau berkata Melaka United perlu kembali bangkit dengan mempertingkatkan kualiti permainan dan beraksi lebih cemerlang untuk mencipta kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan dalam Piala FA musim ini.

Melaka United diramal menghadapi saingan getir pada aksi menentang Pahang nanti.

Sementara itu ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan