Hart Ingin Sertai Kelab Yang Mahukan Khidmatnya

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 10:06 AM

Joe Hart.

(Ubah saiz teks)

JOE Hart menyedari masa depannya tidak menentu dan percaya kekal sebagai penjaga gol No.1 lebih penting berbanding kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Penjaga gol England itu melakukan 26 penampilan untuk kelab Serie A, Torino pada musim ini selepas dibenarkan meninggalkan Manchester City secara pinjaman oleh pengurus Pep Guardiola pada musim panas lalu.

Hart mengakui dia tidak tahu kelab yang akan disertai pada musim depan tetapi percaya kembali semula ke Stadium Etihad tidak mungkin berlaku.

"Saya boleh katakan saya antara pemain lebihan kepada Manchester City pada masa ini.

"Saya mahu bermain bola sepak, saya suka bermain bola sepak. Jika peluang tidak diberikan di sana, maka saya perlu mencari tempat lain.

"Saya tidak tahu mengenai masa depan saya kerana saya tidak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

"Perkara terbaik yang boleh saya lakukan adalah bekerja keras dan melakukan apa yang termampu bersama Torino," katanya.

Hart beraksi satu perlawanan semasa di bawah kendalian Guardiola di City iaitu aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Steaua Bucharest pada Ogos sebelum dibenarkan berhijrah ke Itali.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu yang melakukan 68 penampilan bersama England turut menolak dakwaan bahawa layanan buruk Guardiola terhadapnya disebabkan isu peribadi.

Tags / Kata Kunci: Joe Hart , Manchester City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan