Barca Sambung Kontrak Ivan Rakitic - Bola Sepak | mStar

Barca Sambung Kontrak Ivan Rakitic

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 8:10 AM

Ivan Rakitic. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

BARCELONA secara rasmi telah melanjutkan kontrak Ivan Rakitic.

Pemain berasal dari Croatia itu bakal bersama Barca hingga 30 Jun 2021.

Kontrak ini disahkan kedua belah pihak sebaik sahaja tamat perlawanan kedua kelompok 16 pasukan saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan tersebut, Barcelona menang 6-1 ke atas Paris Saint Germain.

"FC Barcelona mengumumkan bahawa kelab ini telah mencapai kesepakatan dengan Ivan Rakitic bagi melanjutkan kontraknya sehingga 30 Jun 2021.

"Klausa pelepasan yang ditetapkan mencapai 125 juta euro," demikian kenyataan yang disiarkan di laman rasmi kelab.

Pemain ini dibeli oleh Barcelona pada musim panas 2014.

Sejak itu, persembahan Rakitic dilihat konsisten dan sering terpilih dalam pasukan utama.

Setakat ini dia sudah meraih pelbagai gelaran juara bersama Barca termasuklah juara La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara. 

Tags / Kata Kunci: Ivan Rakitic , lanjutan kontrak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan