Ozil Tolak Tawaran Gaji RM1.5 Juta Seminggu

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

MASA depan perancang utama Arsenal, Mesut Ozil masih samar walaupun ditawarkan gaji sebanyak 280,000 pound (RM1.5 juta) seminggu untuk terus kekal bersama kelab London itu.

Menurut laporan portal Mirror.uk, kontrak pemain Jerman itu akan tamat pada hujung musim depan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat bahawa Ozil akan berpindah ke kelab lain.

Arsenal berharap dapat mengekalkan Ozil dengan mengubah struktur gaji kelab tetapi pemain berusia 28 tahun itu enggan menandatangani kontrak baharu.

Ozil yang kini meraih pendapatan 140,000 pound (RM750,000) seminggu, percaya dia akan menerima tawaran yang lebih lumayan di tempat lain walaupun Arsenal sanggup berbelanja lebih ke atasnya berbanding pemain lain, sekali gus mencatat rekod gaji paling tinggi.

Lebih membimbangkan, seorang lagi bintang Arsenal, Alexis Sanchez dilapor sedia mengangkat kaki walaupun ditawarkan gaji baharu 200,000 pound (RM1.05 juta) seminggu.

Sanchez dilaporkan mahu meninggalkan Arsenal selepas pasukannya dimalukan oleh Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara dengan kekalahan agregat 10-2.

Chelsea dan Manchester United dikaitkan dengan pemain kelahiran Chile itu tetapi Sanchez dipercayai lebih berminat menyertai Paris Saint-Germain atau Juventus.

Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan