Hatrik Aubameyang Bawa Dortmund Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 7:43 AM

Pierre-Emerick Aubameyang meraikan gol yang dijaringkan bersama sebahagian rakan sepasukannya. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

BORUSSIA Dortmund berjaya menahan Benfica daripada mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas ketinggalan 0-1 dalam pertemuan pertama.

Sebaliknya, Dortmund yang bermain sebagai tuan rumah berjaya menempah tiket suku akhir dengan kemenangan bermakna, 4-0.

Dalam perlawanan ini, Pierre-Emerick Aubameyang diangkat sebagai wira apabila melakukan hatrik dan rakannya Christian Pulisic menambah satu gol.


Gol pertama Dortmund hadir seawal minit keempat menerusi Aubameyang dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Pada separuh masa kedua, Dortmund seakan 'mengamuk' dengan terus menyerang barisan pertahanan Benfica, dan hasilnya mereka menambah tiga lagi gol.


Gol kedua diperolehi menerusi tendangan cantik Pulisic, yang turut menjadi gol pertamanya di Liga Juara-Juara.


Selang dua minit kemudian, Aubameyang mencatatkan gol kedua untuk dirinya dan gol ketiga buat Dortmund, mengubah kedudukan menjadi 3-0.

Dortmund terus berpesta gol apabila Aubameyang menjaringkan gol pada minit ke-85
Tags / Kata Kunci: Aubameyang , suku akhir , Borussia Dortmund

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan