Layak Ke Piala Dunia Antara Aspirasi TN50 - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 11:43 PM

khairy

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

SERI ISKANDAR: Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain itu, Khairy juga mahu universiti di Malaysia seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu berada sebaris dengan universiti ternama di peringkat antarabangsa seperti Universiti Oxford.

"Saya juga nak lihat ketika itu (2050) ada seorang saintis menang Anugerah Nobel, lukisan seniman-seniman kita berada di muzium tersohor di dunia," katanya ketika sesi dialog TN50 di UiTM Seri Iskandar di sini, Rabu malam.

Program yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu juga disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama sejam.

Menjelas lanjut, Khairy berkata, sebarang aspirasi khususnya oleh golongan muda hanya akan tercapai sekiranya rakyat dan pemimpin menerapkan semangat kebersamaan.

"Kalau dari pimpinan ke rakyat (tidak bersama-sama) ia tidak akan menjadi aspirasi bersama, perlu kejar (aspirasi bersama) untuk perkara itu menjadi kenyataan," katanya.

Beliau turut menarik perhatian apabila berkata walaupun negara sudah mencapai pelbagai kemajuan termasuk teknologi, namun belia perlu mengekalkan jati diri dan identiti yang jelas.

"TN50 bertujuan melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan dalaman yang ditunjangi nilai sivik, agama dan penguasaan ilmu walaupun negara mencapai kemajuan yang tinggi.

TN50 dirangka berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya Khairy berkata beliau berpuas hati dengan aspirasi yang dilontarkan oleh para belia seluruh negara termasuk di Perak.

"Sepanjang jelajah dialog ini banyak aspirasi dan kita akan kumpulkan dan dinilai oleh pakar," katanya sambil menambah jelajah dialog TN50 seterusnya akan berlangsung di Sarawak.

TN50, yang merupakan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. - Bernama

Tags / Kata Kunci: TN50

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan