Liga Juara-Juara: Real Madrid Turunkan Kekuatan Penuh - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Real Madrid Turunkan Kekuatan Penuh

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 8:00 AM

Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo ketika sesi latihan menjelang perlawanan menentang Napoli. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid berangkat ke Napoli dengan kekuatan penuh, walaupun sudah unggul 3-1 dalam perlawanan pertama peringkat 16 kelompok akhir Liga Juara-Juara 2016/17.

Gandingan Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo telah disenaraikan dalam skuad 22 pemain yang diumumkan pada Isnin.

Jurulatih Madrid Zinedine Zidane hanya kehilangan pemain bek Raphael Varane yang mengalami cedera hamstring.

Namun, di barisan belakang dia mempunyai barisan pemain cukup lengkap iaitu Dani Carvajal, Pepe, Sergio Ramos, Nacho, Marcelo dan Danilo.

Los Blancos akan menghadapi perlawanan kedua di Stadium San Paolo, Rabu.

Motivasi Madrid bangkit setelah menang 4-1 atas Eibar dalam perlawanan terakhir La Liga.

Sementara itu pengadil dari Turki Cuneyt Cakir akan memimpin  perlawanan ini.

Ini merupakan perlawanan keenam Madrid dipimpin pengadil berkenaan di Liga Juara-Juara.


22 Pemain Real Madrid


Penjaga gol: Keylor Navas, Kiko Casilla, Ruben Yanez

Belakang: Carvajal, Pepe, Sergio Ramos, Nacho, Marcelo, Danilo

Tengah: Kroos, James, Casemiro, Kovacic, Modric, Asensio, Isco

Depan: Ronaldo, Benzema, Bale, Lucas Vazquez, Mariano, Morata

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Real Madrid
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan