Kerajaan Mempunyai Hak Nasihat FAM - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mempunyai hak menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau mana-mana persatuan sukan mengenai keselamatan sebelum menghantar pasukan kebangsaan menyertai pertandingan di luar negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata keputusan melarang skuad Harimau Malaya ke Pyongyang, Korea Utara untuk aksi pusingan kelayakan Piala Asia, bukan campur tangan dalam urusan FAM, tetapi berdasarkan faktor keselamatan. 

"Pasukan bola sepak kebangsaan juga merupakan rakyat Malaysia dan kerajaan adalah badan yang paling tinggi dari segi menjaga keselamatan rakyatnya.

"Hanya kerajaan mampu menilai tahap keselamatan, bukannya persatuan sukan," katanya kepada pemberita pada sidang media Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Belia Antarabangsa, Selasa.

Pada Isnin, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia ke Pyongyang, susulan keputusan mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol Sabtu lepas, menjadikan situasi semasa dilihat tidak selamat untuk warga Malaysia berkunjung ke Korea Utara buat masa ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan keputusan kerajaan Malaysia melarang skuad negara beraksi di Korea Utara tidak boleh dianggap sebagai campur tangan kerajaan dalam badan induk itu.

Hamidin berkata larangan itu melibatkan soal keselamatan skuad Harimau Malaysia serta penyokong negara, tetapi ia tidak melibatkan urusan pentadbiran FAM.

"Tafsiran FIFA mengenai campur tangan kerajaan adalah jika ada anggota (FAM) membuat aduan kepada FIFA, tetapi dalam hal ini FAM memang bersetuju dengan keputusan kerajaan kerana ia melibatkan isu keselamatan.

"Kita tetap dengan pendirian kerajaan untuk mengadakan perlawanan ini di gelanggang berkecuali," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Anugerah Pemain Bulanan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) di sini, Selasa.    

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual beraksi menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Pyongyang, 28 Mac ini. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan