Sanchez Bakal Angkat Kaki - Bola Sepak | mStar

Sanchez Bakal Angkat Kaki

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 7:38 AM

Alexis Sanchez.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Arsenal, Alexis Sanchez hampir pasti meninggalkan Emirates pada musim panas ini selepas digugurkan daripada skuad utama susulan pergaduhan di atas padang sebelum pertembungan menentang Liverpool Sabtu lalu.

Sanchez yang masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan disisihkan ketika pasukan itu menentang Liverpool dengan Arsene Wenger memberitahu pemberita bahawa dia mahu menurunkan Oliver Giroud dan Danny Welbeck.

Namun kebanyakan akhbar antarabangsa melaporkan Sanchez telah bergaduh dengan beberapa rakan pasukannya ketika sesi latihan.

Kekecewaan Sanchez terhadap rakan pasukannya dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa tindakannya termasuk membuang sarung tangan ketika menentang Bournemouth dan meninggalkan padang susulan kekalahan kepada Bayern Munich.

Menurut laporan tersebut, keputusan untuk menggugurkan Sanchez terpaksa dilakukan demi semangat pasukan dan kebanyakan pemain menyokong keputusan Wenger.

The Mirror turut melaporkan Wenger amat kecewa dengan sikap Sanchez dengan kedua-duanya dikatakan sudah tidak sebulu.

Umum mengetahui Sanchez mempunyai keinginan untuk menang yang tinggi dan ia sentiasa dikagumi mereka yang berada di Arsenal.

Namun selepas insiden pada minggu lalu, kedudukannya kini semakin samar.

Sanchez mungkin mempertimbangkan tawaran daripada PSG yang menawarkan gaji sebanyak 300,000 pound seminggu, satu kontrak yang lebih bagus berbanding di Arsenal.


Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan