Harimau Malaysia Dilarang Ke Korea Utara - FAM

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 4:17 PM

Hamidin Mohd Amin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima arahan terbaharu daripada kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia untuk terbang ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Arahan berkenaan telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Isnin.

"Pagi tadi (Isnin) saya dihubungi (Khairy) dan disusuli surat daripada Kementerian Belia dan Sukan ditandatangani ketua setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju supaya skuad Harimau Malaysia tidak mengambil bahagian untuk perlawanan di Pyongyang itu atas dasar dan pertimbangan faktor-faktor keselamatan.

"Keputusan kerajaan Malaysia itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan baru-baru ini," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Khamis lalu, FAM telah menerima surat awal daripada Wisma Putra yang ditandatangani Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Anifah Aman yang menyatakan bahawa venue perlawanan sulung Kumpulan B Piala Asia di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang itu dijamin selamat tetapi sebarang perubahan akan dimaklum dari masa ke semasa.

Bagaimanapun keputusan Kerajaan Malaysia mengisytiharkan  Duta Korea Utara, Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan mengarahkan pegawai diplomatik itu meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula Sabtu, menjadikan situasi semasa tidak selamat untuk rakyat Malaysia termasuk pemain kebangsaan untuk berkunjung ke republik itu buat masa ini.

"Berdasarkan arahan terbaharu Kerajaan Malaysia itu menerusi surat yang diterima, FAM telah pun menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya venue perlawanan tersebut ditukar dari Pyongyang ke tempat lain iaitu gelanggang berkecuali atas dasar keselamatan.

"Saya juga telah menghubungi Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John yang kini berada di Kemboja bagi memaklumkan harapan FAM supaya AFC memberi pertimbangan sewajarnya dan membuat keputusan segera mengenai venue baharu perlawanan tersebut bagi memudahkan persiapan perjalanan skuad Harimau Malaysia yang akan memulakan latihan pusat pada 13 Mac ini," tambah Hamidin dalam kenyataan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Pyongyang , Korea Utara , Malaysia , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan