Piala Asia 2019: Venue Aksi Malaysia, Korea Utara Diketahui Isnin - Bola Sepak | mStar

Piala Asia 2019: Venue Aksi Malaysia, Korea Utara Diketahui Isnin

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkembangan mengenai venue perlawanan bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Korea Utara di Pyongyang bakal diketahui Isnin.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau akan memaklumkan perkembangan terbaru mengenai perkara berkenaan pada Isnin.

"Memang ada perkembangan terbaru, kita akan keluarkan kenyataan media pada  esok, itu sahaja saya boleh katakan setakat ini," katanya ketika dihubungi  Bernama pada Ahad.

Sebelum ini, Hamidin telah berbincang dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul untuk bermain di gelanggang berkecuali  sekiranya terdapat ancaman terhadap keselamatan pasukan kebangsaan di  Pyongyang.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Jong-nam berada di KLIA 2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan didakwa menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang dipercayai dilumur dengan bahan yang kemudian dikenali sebagai agen saraf VX.

Beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Jong-nam dilaporkan menggunakan pasport atas nama Kim Chol semasa berada di Malaysia.

Dua wanita, Siti Aisyah, 25, seorang warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada Rabu atas dakwaan membunuh Kim Chol.

Pada Sabtu, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Korea Utara Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan