Kelantan Tak Boleh Selesa Walaupun Menang Dua Perlawanan - Zahasmi

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 11:22 AM

Mohamad Ghaddar meraikan jaringannya bersama rakan pasukan. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail mengingatkan anak buahnya supaya tidak berasa selesa walaupun menang dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super ketika ini.

Zahasmi berkata walaupun Kelantan berjaya mengekalkan rentak kemenangan menewaskan T-Team pada malam tadi dan Perak sebelumnya, namun skuad The Red Warriors perlu sentiasa bersiap-siaga kerana liga akan berehat selama sebulan selepas ini.

"Kemenangan pada malam ini (malam tadi) cukup bererti kerana pada bulan lepas, kita tewas tiga kali berturut-turut di laman sendiri.

"Bagaimanapun, pemain tak boleh terlalu selesa kerana liga akan berehat selama sebulan dan banyak aspek perlu diperbaiki lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Sabtu.

Pada perlawanan itu, Kelantan meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan T-Team 4-2.

Penyerang import kelahiran Lubnan, Mohamad Ghaddar muncul wira skuad The Red Warriors apabila meledak hatrik pada minit ke-6, 68 dan 81 diikuti gol oleh Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-75.

Gol T-Team pula disumbangkan oleh Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke-46 dan Farhod Tadijev (minit ke-90).

Sementara itu, ketua jurulatih T-Team Rachmat Darmawan berkata beliau  mengakui pasukan bimbingannya mempunyai beberapa kelemahan ketara selepas mengharungi lapan perlawanan.

"Kami mempunyai masalah pada posisi tengah dan pertahanan kerana rata-rata pemain yang bermain di posisi ini adalah pemain muda yang perlu diberikan lebih pengalaman," katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan keenam liga dengan mengutip 12 mata selepas tujuh perlawanan hasil daripada empat kemenangan dan tiga kekalahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan