Keserasian Trio Import Resepi Kejayaan Kedah - TCH

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 12:45 PM

Pemain Kedah Sandro Da Silva Mendonca meraikan jaringan bersama Liridon Krasniqi ketika menentang pasukan Selangor pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Selayang 1 Mac 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun Kedah tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama ketika bertemu Melaka United di sini malam Sabtu namun keserasian antara pemain muda dan import menjadi antara rencah kejayaan membenam pasukan lawan.

Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe berkata keserasian trio import iaitu Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen dan Sandro Da Silva banyak membantu pasukan mencatat kemenangan bergaya 4-0. 

"Saya ucapkan syabas kepada pemain-pemain import saya terutama Sandro dan Ken Ilso Larsen yang menunjukan tahap kecergasan tinggi dan tahniah juga kepada pemain muda yang mencipta hantaran menarik dan kemas hingga kita dapat peluang menjaringkan gol. 

"Walaupun kita tidak dapat menurunkan Baddrol Bakhtiar, Muhammad Farhan Roslan dan Ahmad Fakri Saarani, namun pemain yang lain dapat menguasai permainan dan bekerjasama dengan baik," katanya kepada pemberita selepas tamat permainan itu malam Sabtu.

Beliau mengharapkan corak permainan yang ditunjukkan ini dapat diteruskan sehingga akhir musim seterusnya menjuarai kejuaraan musim ini.

Dalam pada itu, Cheng Hoe kini sedang mempersiapkan anak buahnya untuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA yang bermula 10 dan 11 Mac ini.

Katanya, Kedah akan mencabar Perak di Stadium Ipoh yang juga satu-satunya pasukan kuat dan pencabar bagi mana-mana pasukan musim ini. 

"Kita tidak boleh ambil mudah kerana saya jangkakan beberapa pemain tonggak kita masih belum dapat diturunkan akibat kecederaan, namun kita akan berusaha untuk mencari kemenangan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Ketika ditanya tentang kedudukan Kedah yang kini kembali berada di atas takhta liga, Cheng Hoe berkata setiap pemain perlu konsisten dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi jika mahu kekal berada di atas.

Dalam perlawanan malam tadi, Ken Ilso Larsen menjaringkan gol pembukaan dan terakhir perlawanan pada minit ke-33 dan 90, manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Sandro Da Silva pada minit ke-48 dan 78. 

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United, Erics Williams menerima kekalahan itu dengan hati terbuka kerana Kedah layak menang hasil permainan yang mantap dan baik dari semua sudut.

Sambil menyifatkan pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan yang tinggi ekoran jadual perlawanan yang padat, Eric mahu anak buahnya kembali bangkit untuk mencipta kemenangan dan memperbaiki kedudukan liga dalam musim yang masih panjang.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan