Kedah Rampas Takhta Liga, Benam Melaka United

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 7:00 AM

Pemain Kedah meraikan kemenangan pasukan. foto ihsan Facebook Kedah FA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia 2016, Kedah merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super dengan bergaya selepas membenam Melaka United 4-0 pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi Ken Ilso Larsen, sebelum Sandro Da Silva menyumbat gol kedua Kedah pada minit ke-48.

Sandro sekali lagi menambah derita skuad 'Hang Tuah' apabila menyumbat gol ketiga Kedah pada minit ke-78 sebelum Ken Ilso mengesahkan kemenangan pasukan Kedah dengan gol keempat pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Kedah kini mengumpul 18 mata selepas mengharungi lapan perlawanan untuk mengungguli takhta liga meninggalkan Pahang di tangga kedua dengan 16 mata, diikuti Johor Darul Ta'zim (JDT) di tempat ketiga (14 mata).

Aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula menyaksikan pertembungan klasik antara Selangor dan Perak, yang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Perak.

Gol tunggal Perak hadir pada minit ke-67 menerusi sepakan penalti yang tenang disempurnakan Mohd Zaquan Adha Abd Razak, selepas bola terkena tangan pemain Selangor, Ugochukwu Ukah.

Insiden tersebut mengakibatkan pemain kelahiran Itali itu diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada perlawanan berkenaan.

Turut meraih tiga mata adalah pasukan Felda United yang memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila menewaskan Sarawak 2-0.

Pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Maran itu, dua gol pasukan tuan rumah hadir pada babak kedua perlawanan yang dijaringkan Lucas Matias Cano pada minit ke-53 dan Muhammad Hadin Azman (minit ke-69).

Sementara itu, Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan T-Team 4-2 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru.

Penyerang import kelahiran Lubnan, Mohamad Ghaddar muncul wira skuad 'The Red Warriors' apabila meledak hatrik pada minit keenam, 68 dan 81, selain gol oleh Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-75.

Sementara, gol T-Team dijaringkan Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke-46 dan Farhod Tadijev (minit ke-90).

Di Stadium Shah Alam pula menyaksikan pasukan PKNS FC terpaksa berpuas hati mengutip satu mata apabila terikat 1-1 menentang pasukan tercorot liga, Pulau Pinang.

Penyerang import kelahiran Liberia, Patrick Ronaldinho meletakkan PKNS di hadapan pada minit ke-30 sebelum Nigel Dabinyaba menjaringkan gol penyamaan buat Pulau Pinang pada minit ke-53.

Pulau Pinang kekal di tangga tercorot liga dengan mengumpul dua mata selepas lapan perlawanan, manakala PKNS melonjak ke tangga kesembilan dengan lapan mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kedah , Melaka United , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan