Felda United Kembali 'Menyengat'

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 12:51 PM

Pemain Felda United, Muhammad Hadin Azman (dua, kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Shahril Saari untuk gol kedua pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 4 Mac 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MARAN: Felda United kini kembali ke tahap sebenar untuk membawa cabaran dalam Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Tun Abdul Razak di sini malam Sabtu.

Ketua Jurulatihnya, B. Satianathan berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang beraksi cemerlang apatah lagi kubu pertahanan mereka tidak dapat dibolosi pihak lawan.

"Pemain dilihat mempunyai keyakinan kembali dan mencapai prestasi serta kecergasan sebagaimana diharapkan. 

"Mereka tidak hilang semangat, sepanjang tempoh perlawanan juga kita berjaya menguasai permainan dan beraksi sebagaimana dirancang. 

"Apa yang paling penting dan menggembirakan saya ialah gawang kita tidak dapat dibolosi ketika mendahului sehingga perlawanan tamat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Satianathan berkata meskipun begitu, masih banyak yang boleh diperbaiki untuk memperkemaskan persembahan The Fighters.

"Kita mengharungi banyak perlawanan kerana terlibat dengan Liga Super, Piala FA dan Piala Konfederasi Asia.

"Saya perlu mengenal pasti pemain muda Felda yang boleh diketengahkan untuk menguatkan pasukan dan merehatkan pemain utama," katanya. 

Beliau yakin keupayaan pemain import Felda United masih boleh ditingkatkan kerana setakat ini persembahan mereka belum mencapai jangkaan yang diharapkan. 

Tags / Kata Kunci: B. Satianathan , Felda United

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan