Barcelona Belasah Celta Vigo

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA kembali mengungguli tangga teratas La Liga selepas menang besar 5-0 ke atas Celta Vigo, awal pagi Ahad.

Lionel Messi membuka jaringan awal untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-24 selepas berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Celta untuk melepaskan percubaan dari dalam kotak penalti.

Neymar kemudiannya mengukuhkan cengkaman Barca apabila menjaringkan gol kedua sebelum tamat babak pertama.

Pasukan tuan rumah terus mendominasi perlawanan menerusi jaringan ketiga Ivan Rakitic yang dilihat berada dalam kedudukan ofsaid apabila menolak masuk bola hantaran Rafinha.

Messi kemudiannya sekali lagi mencipta peluang gol keempat ketika bola hantaran lintang rendahnya ditolak kemas oleh Samuel Umtiti pada minit ke-61.

Pemain terbaik dunia lima kali itu berjaya menyelinap masuk dari sebelah kanan padang sebelum merembat masuk gol kelima Barca yang melepasi penjaga gol Celta, Sergio Alvarez pada minit ke-64.

Barca kini mengatasi seteru utama Real Madrid yang turut menang besar 4-1 bertemu Eibar tanpa kelibat dua tonggak, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale dengan kelebihan satu mata.


Tags / Kata Kunci: Barcelona , Celta Vigo , La Liga

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan