Penyerang Perlu Lebih Berani,Yakin - Irfan Bakti

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 3:14 PM

Irfan Bakti Abu Salim

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persembahan hambar barisan serangan Terengganu terutama Federico Matias Falcone ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jelas mengecewakan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim.

Bagi Irfan Bakti, jentera penggempurnya masih kurang berkeyakinan sehingga tindakan penyudah mereka menjadi tumpul, sekali gus menyukarkan peluang mencari jaringan.

Menurutnya, barisan serangan seharusnya lebih berani dan yakin dalam setiap gerakan bagi menghasilkan gol.

"Saya kecewa terutama dengan Federico kerana sebagai penyerang, dia seharusnya lebih berani dan yakin. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,"katanya kepada pemberita selepas aksi menentang ATM, Jumaat malam.

Dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, Terengganu menewaskan ATM 1-0 menerusi sepakan penalti Issey Farran Morgan Nakajima pada minit ke-83.

Irfan Bakti mengakui skuad itu perlu bekerja lebih keras lagi bagi membolehkan pasukan berada pada kedudukan terbaik.

"Kita akan terus memperbaiki kelemahan dalam pasukan dan mempertingkatkan mutu permainan," katanya.

Pada masa sama, Irfan Bakti berkata dia tetap berpuas hati dengan tiga matayang diperoleh pasukannya malam tadi.

"Tiga mata ini sangat penting...kemenangan ini sangat bermakna untuk pasukan," katanya.

Terengganu kini menghuni tangga kedua liga dengan mengumpulkan 18 mata selepas bermain lapan kali, tiga mata di belakang Negeri Sembilan yang bermain kurang satu perlawanan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Liga Perdana

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan