United Diikat Bournemouth Di Laman Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 11:14 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United gagal mengutip mata penuh di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.

Pada aksi tersebut, Zlatan Ibrahim mengecewakan peminat-peminat United apabila peluang sepakan penalti pada minit ke-82 gagal dilaksanakan sekaligus menutup peluang untuk meraih kemenangan di Old Trafford.

Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada babak pertama selepas Marcos Rojo membuka jaringan minit ke-23.

Bagaimanapun Joshua King menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Dalam pada itu, aksi panas di antara Ibrahimovic serta pemain Bournemouth, Tyrone Mings berlaku selepas kedua-dua mereka dilihat saling berbalas-balas tindakan.

Ia bermula apabila Mings dilihat memijak kepala Ibra yang terjatuh namun penyerang United itu bertindak membalasnya dengan 'memberi' siku ke muka pemain pertahanan tersebut.




Pun begitu,  kedua-duanya terlepas daripada tindakan pengadil Kevin Friend.

Walaupun anak buah Jose Mourinho berdepan dengan 10 pemain lawan selepas Andrew Surman diarah keluar gara-gara menerima kad kuning kedua, mereka gagal menggunakan peluang itu sebaiknya.

Keputusan kekal seri sehingga wisel akhir dibunyikan.

Dengan keputusan tersebut, United kekal berada di tangga keenam liga dengan 49 mata keseluruhan.

Manakala Bournemouth yang dibimbing Eddie Howe di posisi ke-14 liga.

Senarai pemain:


MANCHESTER UNITED: De Gea, Valencia, Jones, Rojo, Shaw, Carrick, Pogba, Mata, Rooney, Martial, Ibrahimovic. Subs: Romero, Blind, Smalling, Fellaini, Herrera, Lingard, Rashford. 

AFC BOURNEMOUTH: Boruc, A. Smith, Cook, Mings, Daniels, Surman, Arter, King, Pugh, Fraser, Afobe. Subs: Allsop, Cargill, B. Smith, Gosling, Ibe, Wilshere, Gradel

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Bournemouth

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan