Mourinho Tak Percaya Ibrahimovic Tak Pernah Menang Ballon d'Or

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 7:50 AM

Zlatan Ibrahimovic. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, seolah-olah tidak percaya bahawa Zlatan Ibrahimovic tidak pernah menang Ballon d'Or walaupun pemain berusia 35 tahun itu telah menjaringkan 26 gol dalam 38 perlawanan musim pertamanya di Old Trafford.

"Bagi saya, apa yang dia telah lakukan sangat hebat. Jumlah gol yang dijaringkan, dua pertandingan di Wembley, trofi, apa yang dilakukan untuk pasukan dan peranan yang dimainkan.

"Bagi saya ia satu fenomena. Tiada kata-kata lain lagi," kata Mourinho kepada MUTV.

Justeru Mourinho menjangkakan bahawa Ibrahimovic layak menjadi calon pemenang Ballon d'Or seterusnya.

Dia yakin pemain di bawah bimbingannya itu sebaris dengan Cristiano Ronaldo yang telah menang Ballon d'Or sebanyak dua kali dan Lionel Messi yang menang empat kali.

"Saya tahu tentang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Saya tahu mereka bagaimana, tetapi saya tak percaya lelaki ini dengan karier yang dimilikinya sekarang, tak pernah menang (Ballon d'Or)," kata jurulatih berusia 54 tahun ini.

"Jadi kenapa tidak pada musim ini, jika dia dapat melakukan sesuatu yang istimewa? Jika dia mampu menang lebih banyak trofi, ke Stockholm untuk final Liga Europa. Mengapa tidak pemain ini, yang sekarang berusia 35 tahun mendapatkan penghargaan tersebut?."
Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan