Bola Sepak Pantai AFC: Malaysia Longlai Aksi Pertama - Bola Sepak | mStar

Bola Sepak Pantai AFC: Malaysia Longlai Aksi Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 8:07 PM

Pemain Afghanistan Hazrat Gul Baran (kiri membuat sepakan akrobatik sambil cuba dihalang pemain Malaysia, Mohd Riduwan pada Kejohanan Bolasepak Pantai AFC 2017 di Batu Burok pada Sabtu. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Malaysia memulakan saingan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 dengan langkah kiri selepas tumpas 3-5 kepada Afghanistan di Pantai Batu Buruk, Sabtu.

Raof Qaderi muncul wira Afghanistan apabila menjaringkan tiga gol berturut-turut pada minit ke-28, 30 dan 32, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan berkenaan.

Terdahulu, Afghanistan membuka jaringan seawal minit keempat permainan menerusi Hazrat Gul Baran. Seminit kemudian, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Qushairie Asaari.

Terikat 1-1, kedua-dua pasukan lebih berhati-hati, dan serangan demi serangan yang direncanakan Afghanistan membuahkan hasil apabila memperoleh gol kedua menerusi Zainuddin Sharifi pada minit ke-11.

Pada minit ke-23, pasukan Malaysia dihadiahkan sepakan penalti, tetapi percubaan Mohd Shafiq Riza Huzair itu berjaya ditepis keluar penjaga gawang lawan, Baktash Akbari.

Namun, Muhammad Qushairie Asaari menebus kekecewaan itu apabila bijak menyempurnakan peluang untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-31.

Tiga minit selepas itu, Mohd Khairul Nizam menghadiahkan gol ketiga negara, sebelum Raof Qaderi memusnahkan impian Malaysia untuk mengutip mata penuh pada perlawanan pembukaan itu.

Ketua jurulatih pasukan negara, Ismail Zakaria berkata walaupun tewas beliau berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya yang memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Pasukan lawan memanfaatkan kelebihan mereka dari segi ketinggian. Pemain menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi, dan kita akan pertingkatkan lagi prestasi pada perlawanan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas tamat permainan.

Beliau juga berharap aksi pertama itu dapat menyuntik semangat pemain untuk menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bola Sepak Pantai , Bola Sepak Pantai
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan